Thursday, 17 July 2014

Kelebihan VIVIX dengan Testimoni Yang Hebat !

Assalammualaikum...

PROMOSI VIVIX masih berlangsung yer kawan-kawan sepanjang bulan Julai 2014 ni....;)

Apa kelebihan Vivix ni yer...?

VIVIX aka TONIC AJAIB aka SIRAP SHAKLEE ini merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No. 1 supplemen makanan di Amerika.

Vivix merupakan minuman campuran botani Polyhonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol...

Polifenol tu apa pulak yer...? Meh citer ckit... => ia adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan & sel anti penuaan semulajadi. 

 
Kelebihan yang ada pada sesudu VIVIX ini setiap hari...
 
~ Menggalakkan ransangan penuaan yang hebat
~ Bantu dalam menghalang kanser/tumor
~ Kurangkan risiko jantung/darah tinggi/metabolisme RENDAH
~ Kurangkan komplikasi dalam pesakit diabetis
~ Menyokong kesihatan sendi/tulang/arthritis/osteoporosis
~ Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
~ Bantu kurangkan berat badan
~ Tingkatkan sistem imun
~ Tingkatkan kesihatan mata/masalah katarak
~ Menyokong kesihatan menyeluruh
 
Jom baca testimoni VIVIX ini...
 
 

 
 
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut...;)
 
SID No : 1146452
FB : Masruhaila Mustapha
SMS/WhatsApp : 019-3558178
 
*Pengeposan ke seluruh Malaysia !!!


Jadi Warga Melaka !

Assalammualaikum....

Ahhhh...Alhamdulillah....aku sudah bergelar warga Melaka...yeeaahhhaaa!
Walaupun HR belum bagi keputusan samada permohonan perpindahan aku ke cawangan Melaka berjaya atau tak...aku nekad untuk mengikut husband aku berpindah ke sini....
Aku hantar resign letter..pengarah jabatan aku tak terima...then dia kata nak tolong uruskan permohonan aku.....so, aku serahkan jerla pada dia...
Aku berserah jugak pada Allah....andai rezeki aku masih ada di bank....aku syukur...
Jika ditakdirkan bukan rezeki aku...aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana...
Percayalah! Yakinlah!

Dekat beberapa hari jugakla aku n hubby dok mengerah tenaga mengemas barang-barang dalam kotak yg kami bawak dari TDD, Seri Kembangan....Aduuhhh, memang jenuh kalo berpindah ni kan.... Serius rasa tak mau pindah lagi dah...huhuhu! Alhamdulillah, Allah berikan kami rezeki untuk miliki rumah sendiri di Melaka...
Lama woooo kami angan-angankan perkara ni.....
Walaupun kami anak Johor....tapi kami feel best gitu kalo dapat duduk & menua di Melaka... (Uppppsss...ada ke word "menua"...hahahha... aku maksudkan 'habiskan usia di Melaka'...)

Esok genap masuk 38weeks...dua tiga hari ni kerap rasa contraction...tp rasanya false contraction kot... Aku dah buat first time checkup dengan doctor Hanisah @ Hospital Pantai Melaka.. Masa checkup doctor Hanisah kata baby ok & dah engaged...dah tak lama lagi la ni nak bersalin...
So, bila rasa sakit boleh terus datang ke hospital...naik tingkat 2...labour room...huhuhu...

Masalahnyer, kalau ikut experience...aku mmg tak pernah merasai sakit secara alami.... kedua-dua anak aku sebelum ni...bersalin tanpa diduga... masa Hadif, aku leaking...then doctor induce...
Masa Syifa'...checkup masa 38weeks...doctor Noraini@Azzahra Bangi cek bukaan....tgk-tgk dah 3cm...padahal aku takla sakit sangat pon....

So, kali ni....aku rasa agak konfius ckit...betul ke rasa contraction yg aku rasa sekarang ni....atau hanyalah false contraction.... rasa hati mcm nak serah diri jer...huhuhu...
Tapi, aku minta baby bersabar ckit....
Ayah dia lagila...kalo boleh suruh baby sabra...tunggu sampai date 23 Julai....leh sama birthdate ngan dia...wakakakka...sabor jerler...huhuhu....

Pada aku takperla...bebila pon boleh sayang...janji anak ibu keluar dengan selamat dan sihat....

InsyaAllah....ibu & ayah masih bertahan untuk menunggu anak ibu keluar bila dah bersedia untuk melihat dunia ini yer....


^_^

Tuesday, 8 July 2014

Berkat Ramadhan - Moga Ayahandaku sihat semula...

Assalammualaikum semua.....

Since last week ayah aku tak sihat.... Ingat lagi masa nak gerak balik daripada BP ke KL...ayah kata ayah kurang sihat...tp masa salam tu kami rasa tangan ayah tak panas...suhu normal....

Dua tiga hari lepas tu....akak-akak bgtau dalam wassap group family....ayah demam... Oh..kesiannya ayah... ayah takder selera makan....tak dapat nak puasa... ayah tidur sahaja.... Yela, usia ayah pun dah menjangkau 80 lebih.... Cuma kali ni hati makin terasa risau sebab cara ayah menangani masalah kesihatan amat membimbangkan aku.... ayah sah-sah tak sihat tapi cara dia nak menggagahkan diri utk lawan pilu rasanya... Aku tahu pon daripada cerita-cerita akak aku yang balik jenguk ayah kat umah.....

Adalah dalam dua kali aku cuba call utk bercakap dengan ayah tapi ayah tengah tido time tu.....so aku tangguhkan aja niay aku nak bercakap dengan ayah....

Yessss....kelmarin akhirnya aku dapat bercakap dengan ayah...

Aku : Ayah demam yer...? (Aku cuba berbahasa sedangkan aku tau ayah demam)
Ayah : Tak taula...nape ntah badan ayah ni.... Demam dah kurang sikit....tp masih kurang sihat la...
Aku : Maaf yah..tak dapat balik nak tengok ayah.... Ayu tengah packing2 barang rumah...nak pindah hujung minggu depan...
Ayah : Aaaahh...takper.... Ayu dapat pindah melaka ke?
Aku : Belum lagi....ayu amik cuti dulu....
Ayah : Legaaa ayah dengar....ayah risau cemanelah ayu dengan hamdan duduk jauh lama-lama.... Molek sangat lah tu dapat duduk setempat...
Aku : (sentap dengan respond ayah)...membuatkan aku rasa sebak....

Yelah...mana ayah pernah bagitau depan2 yang dia risaukan kami sebenarnya.....duduk jauh...Melaka-KL... Setengah orang jarak Melaka-KL takder masalah...boleh ulang alik setiap hari lagi....
Tapi....itu bukan cara kami.... Husband aku bukan suka kerja yang kene travel jauh2...hari2 pulak tu.... Kan sunat hukumnya cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja...

Maafkan ayu ayah...sebab jarak lokasi kami suami isteri juga antara yang membebankan fikiran & hati ayah.....

InsyaAllah....tak lama lagi kami akan tinggal setempat.... ayu doakan ayah sihat & sembuh sepenuhnya....

Lot's of luv,
Anakmu....AYU!♡♡♡

Monday, 7 July 2014

OsteMatrix untuk Kekuatan Tulang !

Assalammualaikum....

Mas baru jer melepasi usia kandungan 36 minggu...
SubhanAllah, memang terasa kesakitan daripada perut sehingga ke belakang, punggung dan kaki....itu masa usia kandungan nak masuk trimester ketiga... kelenguhan kaki memang amat terasa. 
Tapi, bila mas dah start consume OsteMatrix..kesakitan dan kelenguhan kaki berkurangan.  Tetapi sesungguhnya ini hanyalah ikhtiar kita sebagai hamba Allah...  Mas just share apa perubahan yang mas sendiri alami selepas makan Oste ni....syukran Ya Allah...

Jom kita lihat apa manfaat & kelebihan Oste ni yer......;)

Manfaat Utama OsteMatrix

1) Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, system saraf.  Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat. 

2) Memperbaiki kekejangan & kebas-kebas -  Pengambilan 600gram kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi an artiritis. 

3) Meringankan stress - Ianya akan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur dalam keadaan yang selesa, memperbaiki rasa debaran jantung, gementar, mimpi buruk dan stress.  Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

4) Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil. 

5) Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.  Ianya juga menghalang obesity diwaktu umur tua.  Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

6) Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7) Vitamin D - Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.  Vegetarian yang kurang terdedah matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.  


 
 

Untuk dapatkan OsteMatrix ini....bolehla hubungi saya....;)

SID Anda :
ID - 1146452
FB : Masruhaila Mustapha
Call/SMS/WA : 019-3558178

Saturday, 5 July 2014

ESP : Manfaat & Kelebihan

Assalammualaikum....;)

Dengan lafaz Bismillah....hari ni Mas nak share something tentang ESP Shaklee.... Hhmmm, pernah cuba tak? Rugi kalau tak cuba...hihi... Bukan apa, once bila dah cuba ESP ni...sure uols semua for terus jatuh cinta... Mas suka minum ESP dengan milo....hihi.. tp sebenarnya, ESP ni boleh minum begitu sahaja..ataupun campur dengan minuman-minuman lain macam jus oren, blackcurrent dan macam-macam air lagi...nanti Mas akan share cara bancuh dan contoh-contoh minuman lain yer....;)

Tapi, hari ni Mas nak share apa itu ESP, kelebihan dan khasiat ESP...wwiiii....



>>> Apa itu ESP ? <<<

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.  Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 mineral.  Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua atau muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. 
1 hidangan ESP ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


>>> Khasiat Utama ESP <<<

1) Awet Muda - asid amino untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, lutut, kulit - pengambilan yang kerap adalah kunci untuk mengekalkan awet muda.

2) Baik Untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormone wanita.  Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.   

3) Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan mengelakkan sel kanser merebak.  Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.  Ia juga sangat baik dalam menjaga Rahim dan ovary, kitaran haid dan pembesaran prostat. 

4) Kulit seperti Remaja - Meransang pembentukkan semula kulit dan otot,  mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan kesan parut.

5) Pembekal Tenaga Segera - Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migraine, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain. 

6) Memulih Pigmentasi - Melambatkan proses uban, gugur rambut, masalah keadaan rambut, pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 

7) Memperbaiki Memori - Menguatkan ingatan & kualiti memori, kecergasan, keupayaan seksual dan sebagainya. 




Sumber : En Google


Untuk order...?
Jom hubungi saya SID Anda :-

ID : 1146452
FB: Masruhaila Mustapha
Call/SMS/WA : 019-3558178

Friday, 4 July 2014

Kelebihan performance drink Shaklee - Tenaga ketika Berpuasa!

Assalammualaikum pembaca blog semua!
 
Naahhh...hari ni masuk hari ke-6 kita berpuasa... Cemane setakat hari ni? Letih? Kepenatan? Tiada tenaga? Hihi...
Jangan risau...jom baca entri kali ni... bukan tentang air 100+, Revive atau Booster....hihihi..
Ini adalah Performance Drink Shaklee

>>> Apa itu Performance Drink ? <<<

1) Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegajh dehydration, seperti fungsi minuman isotonic.

2) Ia membekalkan 3 jenis karbohiudrat bagi tenaga & stamina.

3) Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4) Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. 

5) Ia bukan sahaja untuk ibu menyusu/mengandungn semasa berpuasa, tapi sesuai umntuk semua, terutama yang kerja di tengah panas.  Budak-budak demam pun elok amik PD ini sebab biasala budak-budak bila dah demam tak selera makan & minum.  Ia boleh cegah dehydration itu. 



>>> Kelebihan Performance Drink <<<

1) Ia terbukti secara klinikal daoat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.

2) Performan Drink (PD) juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.  

3) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE proprietary dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

4) Terbukti secara klinikal : Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi  meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

5) Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.   



sumber : en google
So, semasa bulan puasa...pastikan ada setin di rumah anda....^_^



Kredit to : NannyCery


Hubungi saya....SID anda....;)
Masruhaila Mustapha
SMS/WA : 019-3558178
URL : www.coratcoretvitamin.blogspot.,com

Tuesday, 1 July 2014

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur? Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

✔Disiplin waktu makan Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur. 

 ✔Kurma,kurma,kurma Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

✔Makanan seimbang dan suplemen Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

✔Minum banyak air Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

✔Bertenang dan yakin Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

✔Kerap menyusu dan mengepam Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

 Kredit: Pa&Ma

Friday, 27 June 2014

Berpantang dengan SHAKLEE ! ^^

Assalammualaikum semua...

Now aku dah masuk minggu ke-36...paling awal utk bersalin tinggal 2 minggu sahaja lagi... Fuuhhh...walaupun bakal melahirkan  anak yg ketiga debaran tetap terasa... 

Ok...aku dah siap2 order set pantang utk diri aku sendiri...
Meh aku share set pantang yg aku ambil utk uolsss....hihihi...memang thooorrrbaaiikkk....


Okay Set pantang shaklee ni terdiri dari :

- VITALEA.  

- B COMPLEX.

- VITAMIN C.

- ZINK.


Optional :

-ESP 

- ALFALFA 



Kenapa perlu pilih SET PANTANG SHAKLEE ni?

Tak seperti jamu atau produk yang lain yang ada banyak pantang larang dan mungkin ada kesan sampingan.

Tak perlu risau takut anak akan terkena jaundice atau penyakit kuning. Boleh mula dimakan dari hari pertama melahirkan lagi.

Membantu ibu lebih bertenaga walaupun baru lepas bersalin

Bonus bagi ibu yang menyusukan di mana kulit anak jadi lebih gebu dan cantik.

Boleh ubat penyakit buasir si ibu

Yang penting luka bersalin/pembedahan cepat baik!

Jika set pantang + ESP pula, boleh membantu ibu langsing semula, kulit cantik dan dapat tenaga yang berpanjangan.

Jika set pantang + Alfalfa , boleh kurangkan sakit sendi, cepatkan pengecutan rahim, mengatasi masalah kewanitaan dan paling penting ia adalah milk booster atau boleh banyakkan susu.


Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?


1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya 'B' for Beauty.


2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi

Sangat penting untuk diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.


3) Vitamin C

Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita memakan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.


4) Zink

Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 



So apa tunggu wahai ibu yang sedang mencari set pantang.. Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda dan anak anda . 



#credit to Ibu Batrisya
 
 
Hubungi saya SID anda :-

FB: Masruhaila Mustapha
SMS/WA : 019-3558178

Tuesday, 24 June 2014

Tips Ketika Berpuasa dan KURUS dengan SHAKLEE

Assalammualaikum...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan...
Bagaimana persiapan kita ?
Wahhh..ada orang kata..tahun 2014 ni mencabar sikit di bulan Ramadhan ini... Ha, kenapa yer?
Ya betulll...ada orang kata sebab ada World Cup! Adooiiyyaii...
Harap-harap itu bukanlah menjadi masalah atau akan menjadikan kita tidak secergas seperti tahun-tahun sebelum ini yer.... takmoh..takmoh..takmoh...

Bagaimana untuk kekal cergas...?
Jom..di sini saya akan kongsikan cara pemakanan yang sesuai semasa bulan Ramadhan....


Tips Berpuasa dan KURUS dengan SHAKLEE

#Sahur
   > Minum CINCH SHAKE.. boleh tambah cereal.
   > Minum air kosong 2-3 gelas

#Berbuka
  > Makan kurma, minum air kosong 1 gelas tanpa ais, CINCH SHAKE, then jamah hidangan berbuka ~ elak kuih2, amik sedikit karbohidrat, lebihkan sayur dan protein yg dimasak secara sihat..

  > Ambil LECITHIN , OMEGA

  > Kemudian solat dan terawikh

  > Ambil multivitamin seperti VITALEA supaya lebih cergas untuk beribadat sepanjang malam....

  > Waktu di antara tu sediakan air kosong dan minumsedikit2 tetapi kerap.

  > Sebelum tidor "flush" balik apa yg anda makan tadi...detox usus >> ambil ALFALFA, HERBALAX atau OSTEMATRIX.

KESANNYA ?
>>> dapat rasakan tubuh menjadi ringan serta cergas supaya dapat beribadat dengan lebih baik :) badan cergas dan kurang rasa selera makan berlebihan semasa berbuka serta kurang rasa mengantuk tatkala malam...

>>> jom dapatkan tubuh sihat dan beribadat lebih sepanjang Ramadhan ini :)



Pls do contact me ;)
FB : Masruhaila Mustapha
SMS/WA : 0193558178
ID : 1146452



credit to Herny Yusnizar

Sunday, 22 June 2014

KOLESTEROL TINGGI ? PHYTOCOL-ST Penyelesaiannya...


Assalammualaikum…;)

Hari ini saya nak memperkenalkan produk terbaru daripada SHAKLEE iaitu PHYTOCOL-ST. 
Produk ini khusus utk mereka yang ada masalah KOLESTEROL TINGGI.  Sebut sahaja pasal kolesterol semua mesti terbayang tentang serangan penyakit jantung kan?  Selain penyakit jantung, kolesterol turut melibatkan pelbagai jenis masalah kesihatan lain, antaranya :-

1) Strok
2) Penyakit hati
3) KLetidaksuburan
4) Darah beku

Lihat sahajalah cara pemakanan orang kita sekarang.  Restoren 24jam sentiasa dipenuhi dengan masyarakat kita..tidak heranla kalau kita mudah mendapat penyakikt yang merbahaya secara senyap di dalam diri sendiri... 


 
Jangan fikir orang berbadan besar je yang ada kolesterol tinggi ye...orang yang berbadan kecil a.k.a kurus pun tak terlepas daripada KOLESTEROL... Nak tahu sama ada kita ada KOLESTEROL tinggi ke tidak, eloklah kita pergi buat checkup dan cek bacaan kolesterol yer...
Ni adalah bacaan kolesterol yang perlu kita tahu :-

< 200 mg/dl ==> IDEAL
200 - 239 mg/dl ==> BORDER LINE (BERISIKO TINGGI)
240 > ==> RISIKO TINGGI (AWASSSS!!!)

Sebotol PHYTOCOL-ST mempunyai 120biji tablet dan mampu digunakan sehingga 2-3 bulan...sayangilah jantung dan kesihatan kita. 
Jom nyahkan KOLESTEROL JAHAT dengan PHYTOCOL-ST SHAKLEE !

#KitaUsaha
#AllahJuaMahaPenyembuh

SID Anda!
Jom contact : Masruhaila
FB : Masruhaila Mustapha
SMS/WA : 0193558178

Tuesday, 17 June 2014

Vitamin E....Fungsi & Kelebihannya...♡

Assalammualaikum....bulan Jun masih lagi tinggal 13 hari lagi....promosi Vitamin E aka Vitamin Chenta masih berlangsung....yeeaahhaaa!
Jom kita intai2 fungsi & kelebihan Vitamin E...♡♡♡



Fungsi Vitamin E Shaklee Dan Kelebihannya

Hai uolls mesti ada yg teruja kan sbb bln june kali ni shaklee bt promosi utk VITAMIN E aka VITAMIN CINTA Yeah sy pun suka...sebab selain utk di telan vita e ni pun sesuai tok dijadikan masker tau..ok meh baca ckit info ttg kelebihan vita e ni:-
 -------------------------
Kelebihan VITAMIN E
 -------------------------
❤️Awet muda
❤️Membaiki peredaran darah
❤️Memperbaiki tisu
❤️Mengatasi PMS
❤️Mengurangkan parut
❤️Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
❤️Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat ❤️Mengatasi masalah keintiman
❤️Mengatasi masalah seksual lelaki

 # Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai MASKER semulajadi dan yg best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu ------------------------------------
Kelebihan Grape Seed Extract ------------------------------------
 ❤️Menyingkirkan radikal bebas
❤️Mengurangkan radang (inflammatory) ❤️Membantu kesihatan otak, kulit dan mata. ❤️Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
❤️Mengatasi masalah kelenjar prostat ❤️Melambatkan proses penuaan
❤️Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
❤️Mengatasi kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
❤️Membantu fungsi sistem saraf otak ❤️Meningkatkan daya pertahanan



 Ni lah antara kelebihan Vitamin E aka Vitamin Cinta uolls..sempena promosi buy 6 free 1 ni meh rembat satu botol vitamin e ni uolls mmg berbaloi2 tahan 4 bulan tau.

#kelebihan vitamin e shaklee
#promosibulanjune
#buy6free1

 Hubungi saya....019-3558178♡FB: Masruhaila Mustapha♡









Saturday, 24 May 2014

Yesss! I'm Shaklee Independent Distributor!

20 May 2014, saya Masruhaila Mustapha merupakan Shaklee Independent Distributor (ID:1146452)...♡

Alhamdulillah...sebelum ini saya hanyalah pengguna kepada produk Shaklee..now telah rasmi menjadi SID...yeaahh!

Antara produk yang saya kerap beli tentunya ESP...hihi..kesedapan yang tak terkira..lagi-lagi bila minum dengan minuman lain...yummmmy!!!

En suami pula berpuas hati dengan vitamin yang diambilnya...Alfalfa Complex...badan terasa ringan & cergas...

Later saya akan kongsikan beberapa produk lain yang sangat2 sesuai kita amalkan dlm pemakanan kita....

Jumpa lagi...;)

Contact me via;
》》NoHp : 019-3558178
》》Email : danayu7879@gmail.com
》》 FB : Masruhaila Mustapha

Sunday, 24 February 2013

Hari keluarga...3 bulan lagi...

Sekarang kami adik beradik tengah hangat dok bincang pasal Hari Keluarga Hj Mustapha yang bakal berlangsung pada 26-28 Mei 2013... Kami dah booked kat Felda Residence Tanjung Leman Johor... Memacam plak idea memasing nak wat apa kat sana...hehe...siap plan nak wat ala2 master chef ko.. Cayalah...
Memacam channel kami dok diskas...thru wassap la...thru fb messenger la...thru fb page Hj Mustapha lah...heheh... Alhamdulillah,  technology memudahkan kami berinteraksi adik beradik dengan lebih rapat lagi....
Anak-anak buah plak ramai yg dah besar2...lagilah senang nak mintak tolong memacam...
Harap2 FD kali ni lebih meriah and lebih bermakna buat ayahanda kami khususnya and kepafa kami2 sumer amnya....

Tuesday, 19 February 2013

Setahun berlalu...

Ya Allah...punyalah lama aku tak hapdet blog...merajukkah aku? Hahaha..
Banyak jer peristiwa berlalu dalam masa setahun aku tak hapdet blog nih...
Peristiwa yang paling utama adalah....hadif dah ada adeeeeqqqq...huhuhu...and adik dia pon dah nak masuk 7 bulan hokayy.... Nama anak aku dan en suami terrrsayang adalah Nursyifa' Hasya.. Pic dia akan ku tepek kendian2 lah yer...hehhe...
Now, aku excited nak memulakan semula aktiviti aku mencore cerita2 tentang kami sekeluarga...
In shaa Allah....

Tuesday, 3 January 2012

Entri untuk 2012...

Dah lama sangat blog aku nih berabuk...

Banyak plak tuh citer yang patutnya aku coretkan kat sini tp aku tak update...
Especially dalam bulan Dis 2011...

Antaranya, pasal first birthday anak bujang aku...skg dah setahun dah dia...
Pasal hubby aku admitted sebab high fever...
Pasal percutian kami ke Utara yang terlanjur sampai ke sempadan Thailand..huhuh!
Lagi, pasal gud news untuk kami sekeluarga...ehem..ehem...later on lah aku citer...heheh...
Lagi, pasal result cemerlang anak2 buah aku dalam pmr...
Lagi, pasal kedatangan tahun 2012....

Errrmmm...kang dah banyak plak mende nak citer...aku tak jadik citer plak...
Yelah, nak mengarang lah plak satu hal..huhuh!

Oklah, aku mulakan dengan citer pasal anak bujang aku tuh...;)

Date post aku letak date yang lepas yer....heheh...nak bagi sync...
Kalo korang nak baca...kene view dalam bulan Dis 2011 yer...huhuhu!
Sorry for the inconvenience caused...;p

Wednesday, 28 December 2011

Day 3 & 4 : Percutian 4H3M di Utara...

25hb Dis 2011
Tibalah hari kenduri opismate aku...Asni..kat Sungai Petani..
Aku bertolak dari rumah Abg Ngah dalam pukul 1 ptg lebih ckit...
Alhamdulillah, senang nak carik rumah As..
Ikut map dalam kad...dah sampai dah...
Kat kenduri, antara opismate lain yang datang Ju, Hidayah, En Fauzy & Senthil...
Bawah nih ada pic pengantin....sweet couple kan...heheheh..
Lepas kenduri, kami terus ke Kulim....ke rumah abg aku plak..
Datang rumah abg aku...dok melepak jerlah...hahahah..takder pergi mana pon...
Layankan si Hadif dengan bos kecik (dak Afrina)...
Budak-budak lain dah besar dah...memasing dah jadik agak malu...
Kalo dtg umah abg aku...dok melepak dalam ruang TV dia jerlah...
dengan anak2 dia jer dah penuh 1 ruang tuh...
Memang meriah...hehehehe...
Makan malam lauk best...ayam kampung masak lemak cili api...
My SIL mmg terer bab memasak nih....
Nyum3x jerlah aku kan....huhuhu!

Esoknya, 26hb...kunun2 nak gerak balik lepas bekpes...
Tgk2 lepas bekpes, kemas itu ini...kak ina plak soh tunggu makan tengahari..
Tp dia masak light2 jerlah...Mee Kari! Wow! Aku takder hal...
Pastu, gtau hubby kak ina soh tunggu makan tengahari...
Hubby aku on jerlah....
Tunggu2, aku dah terlena dah ngan dak Hadif...
Dah dekat kol 3 petang baru aku bangun...huhuhu!
Lepas makan..siap2...kat kol 5 jugakla kami gerak balik...
Tp, kami tak gerak balik straight to KL...
Hubby aku ajak naik ke Penang....memula dia minta pandangan..nak jalan Penang or Ipoh...
Tp, last2 dia decide...nak ke Penang...
Aku on jer...huhuh!
Dapatlah kami bawak Hadif ke Pantai Batu Feringgi sekejap...
Sedap2 tgk pandangan & orang ramai...tup2 aku dengar bunyi kruk-kruk...
Rupernya, sedap jer si Hadif makan pasir tuh....Aduuuuuhhhhaaiii!
Saborjerlah aku...
Sib baik sekali jer dia tersuap ke mulut dia...
Ermmm...ibu tak penah bawak dia turun ke pantai....ni lah pertama kali dia jejak ke pasir..
Memula nampak muka weird jer dia...hehhe..cian aku tgk...
Lepas amik2 gambar Hadif...Kami jalan2 sepanjang gerai2 tuh...
Aku pantang nampak fridge magnet....hubby akupon dah tau dah...
So,aku akan bawak balik 3bijik magnet...heheheh...
Lain, aku beli T-set comel utk Hadif...
Pastuh, aku ajak hubby aku balik...
Aku dah tak larat dah...
Rasa nak lena jer...
Tak larat kunun..padahal yang dukung Hadif bukan aku pon....hhuhuhuh!
Gerak balik daripada Batu feringgi dalam kol 8malam...
Kami berhenti di R&R Gunung Semanggul...Solat & Makan...
Pastuh, hubby aku meneruskan perjalanan....terus menuju ke Kuala Lumpur..
Maka berakhirlah perjalanan percutian kami di Utara......;)

Day 2 : Percutian 4H3M di Utara...

24hb Dis 2011
Lepas check-out kat Hotel Regency, Alor Setar...hubby aku ajak pergi Bukit Kayu Hitam...
Aku on jer...as long as hubby aku tak penat...
Aku pon tak penah sampai BKH...so,bonus jugaklah biler hubby aku offer gitu...
Payah dia nak patah naik semula kalo dah turun perjalanan kami...(korang paham ke maksud aku..? hahaha..)
Sampai jer kat BKH...aku dah cakap kat hubby...tak larat lah nak lalui Imigresen lagi...
Tp, rupa2nya...nak ke BKH...mmg kene lalui Imigresen...Imigresen Mesia lah..
Before lalu imigresen kan kene lalui UPP (Unit Pencegah Penyeludupan)...
AKu soh hubby tanya pak UPP tuh, arah mana nak g tempat orang selalu shopping..?
Dia kata terus jer lagi...meaning, kene lalui Imigresen...
So,bila dah lalu..bila cakap nak ke shopping complex...dia terus buka laluan..
Rupa2 nya, bazar BKH tuh ada kat area The Zone..
Aku mula2 takmoh masuk The Zone...
Yela...kalo takat The Zone, kat Johor pon ada...takmau lah aku...
Kat KL pon belambak shopping complex kan...
Aku nak carik cam bazar2 or kedar biasa2 yang jual barang Siam tuh...
Bila dah tgk orang lain semua masuk The Zone, hubby aku pon cakap...maybe bazar ada kat belakang2 kots...
Kami pon parking jerlah kete dalam tuh...
Yesss...mmg betul...bazar ada kat sebelah The Zone...
Ni kira bazar2 barulah...
Yang dulu orang kata dah terbakar kan...
Ni kira first time aku sampai Bukit Kayu Hitam....heheh...cian aku kan....;p

Kat sini, kami sambung soping lagi...
Kat sini banyak plak aku tersoping....
Baju tido, bed-sheet, selimut, kain batik....semua dua2...hehhee..
tp xderlah abih banyak pon RM nyer... Seratus lebey jer...
Lastly,aku soping lah ckit cekelat kat The Zone...dekat rm60 jer untuk cekelat...cet!
Lepas abih soping, kami gerak balik menuju ke Alor Setar balik...
Malam nih, tido rumah abg hubby aku....(Abg Ngah...)
Lagipun, kami nak tgk baby baru dia...Nama masyaAllah panjang...'Asyraf Wajdi Khairullah bin Darwish'...

Day 1 : Percutian 4H3M di Utara...

Arrgghhh..indahnya...setelah sekian lama aku tak membawa diri ini bercuti...
Since aku mengandungkan Hadif sampailah Hadif setahun dah...aku belum lagi bercuti-cuti Malaysia..huhu!
Alhamdulillah, akhirnya hubby aku bersetuju untuk bercuti di sana...lagipun aku ada jemputan kawin di Sungai Petani...
My ofismate's wedding...
Before2 tuh aku ada cit-cat ngan hubby, nak ajak dia jengjalan ke Danok, Thailand..
Aku citer, abg Razi ada ajak ke sana...tp cemane nak pergi sebab kita takder passport...huhuh!
kalo ada passport...blehla kita join depa...heheheh..
Hubby aku cam excited gaks...wow...gud point..!
Tp dia tak kata pon nak join abg Razi...
Yess..as usual..hubby aku lebih suka privacy...
jalan2 pon ngan family sendiri jer...pada aku no big deal lah!
Cuma, dalam hati aku nih...mmg tergedik2 nak jengjalan ngan adik-beradik jugaks...
yelah, aku kan bongsu..so,dulu2 masa bujang..aku kan selalu menempek muka ngekor abg or akak2 aku g jengjalan...
kunun2 windulah saat2 macam gitu....Ahaks!
Ahhh..itu semua telah berlalu.... aku ada keluarga sendiri...!
Thanks to my hubby coz banyak bertolak ansur dengan sikap aku....;p
Sehari before bertolak...aku dah amik cuti coz nak temankan hubby aku checkup semula kat Ampang Puteri...
Tapi, sebelum g checkup...we all decide nak wat passport dulu...
Just be prepared..if in case tergerak hati nak ke Thailand sesampai jer kat Kedah...
Dalam masa 3 jam...passport aku, hubby & Hadif siap...!
Kami dapat cut masa beratur untuk dapatkan no giliran disebabkan utk buat passport Hadif..(budak bawah 2 tahun)..
Errmm...takyahlah citer pasal wat passport nih....hehheh..kita terus ke citer bergerak ke Kedah...

23hb Dis 2011
Kami decide nak gerak dalam kol 4pagi...
Tapi, macam biasalah aku...(aku yer..bukan hubby aku...)..akan amik masa extra dalam 30 minit daripada time yang diberikan
oleh hubby aku...
Tell yu what...hubby aku nih punctual orangnya...
(start aku dating sampai ke la nih..... kalo kami lewat..bukan sebab dia...tp aku...;p)
Sampai Kedah...kami terus menuju ke Padang Besar...
Selalu follow orang jer...then terus sampai...
Tapi, skg nih, kami kena tengok sign board untuk sampai ke sana...(kami takdok GPS bagai...)
Bila dah melalui ladang tebu tuh...macam dah confident lah jalan yang kami lalui nih betul..
Alhamdulillah..mmg betul pon...
Biler sampai2 jer town Padang Besar...plan nak pergi tempat orang yang slalu soping2 tuh kan...
Tup2...keta kami dah terlajak masuk ke Imigresen...
Memula ingat nak patah balik...tp tak jumpa jalan kuar...
Rasa cam cuak jugak tp disebabkan dah ada passport..cuak tuh kuranglah ckit...
At last, tanpa pengalaman masuk ke negara orang...hubby aku follow jerlah pergi ke kaunter Imigresen Thailand tuh..
Aku tunggu jer dalam kete...
Tgk2 biler hubby aku dtg semula...tgk2 ada plak form yang kene isi...
Adehhh...letih mokcik nak kene tulis bagai...
Layan jerlah...
Ingat dah cukup dengan passport jer dah buleh masuk...ni tak, nak kene isi form lah plaakk...!
Lepas settle semua, hubby aku hantar semula ke kaunter...
Tgk2 dia soh semua sekali dtg ke kaunter...
(Oh ye ke....aku manalah penah lalui mende2 nih semua...huhuh!)
Owh...rupanya dia nak 'scan' muka kami2 semua...(ada camera yang tiap2 sorang kene ngadap)..
Hahhaha...jakunnyer aku...;p
Lepas jer Imigresen tuh...kami terus ikut sign board yg ada...
Yang aku paham...ada arrow ke Padang Besa...Ejaannye.."Padang Besa" ok...bukan "Padang Besar"..
Parking jer keta...kami jalan kaki ke deretan kedai2 situ...
Adalah soping skit2...aku macam biasa sure angkut 1 narita... cukupla 1 jer..tak muat plak kete kang nak beli 2,3...huhuhu!
Hubby aku belikan mak dia beg..beg jalan..sebab arituh beg MIL aku dah terkoyak...
Lepas jalan2..kunun2 nak ke Hatyai...
Lepas nampak signboard sekali...jalan punya jalan...tak jumpa2 plak signboard nak belok ke kiri ke ke kanan ker....
Aku cakap ngan hubby....payahlah camni...Signboard depa bukan kita paham pon....
Patah balik jerlah...
Haahha...penakut kan aku....
Ermmm...tanpa berlengah lagi..hubby aku pon patah baliklah ke tempat asal kami dtg tadi..Padang Besa...
Dah lewat petang, kami decide untuk tido di Alor Setar...
Dah malam dah baru carik hotel mana nak pergi..
At last...jumpa Hotel Regency..kami check-in jerlah kat sana...
Konon nak carik hotel bajet...tp tak jumpa..
Aku pon dah penat...hubby aku kesiankan agaknya...dia pon check-in kan jerlah...
(Thanks a lot sayang!)
Berakhirlah percutian kami pada hari pertama......

Friday, 16 December 2011

15hb...Hubby ditahan di wad APSH

Hari ni birthday Hadif..aku letak dia kat rumah mama dia macam biasa...
Hanya ciuman di pagi hari aku bagi kat Hadif..dengan ucapan selamat hari lahir anak ibu..
Semoga Allah merahmati kehidupan anak ibu seterusnya...
Ayah dia tak dapat nak cium sebab takut Hadif jangkit kang....

Lepas hantar Hadif, aku drive ke Ampang Puteri...hubby aku dok sebelah..
Aku tak bagi dia drive...
Kepala dia pon still neno-neno lagi...
kang ke lain plak di bawak..huhuh!
Aku soh dia lena jer kat sebelah sementara aku drive ke APSH..

Sampai2 ke AP...kami ke klinik Dr. Sharifah Sakinah...
Lepas sampai giliran kami (jenuh gaklah menunggu...sebab ramai betul patient yang dtg..),
Doktor check hubby aku..then dia kata panas tinggi nih...41 darjah celcius...
Ekceli aku dah rasa sebelum tuh..panas hubby aku dah turun ckit daripada semalam...
Just imagine, cemanelah doktor yang kat Bangi tuh bleh langsung tak cek suhu hubby aku...geram jer aku dengar hubby aku citer...
Doktor Sakinah bagi option pada hubby aku...samada dia bagi ubat then rest kat rumah...atau dia admit kan hubby aku...
Hubby aku pilih untuk admitted..sebab dia kata..dia takmoh susahkan aku...
Kalau dia dok rumah, kang kene masaklah..kene jaga Hadif lagi...kene jaga dia lagi...
So,better dok spital...insyaAllah cepat sembuh...
Aku tak kisahlah...as long as hubby aku cepat sembuh and cepat lik rumah...

Sampai2 kat ward, hubby aku dipasangkan drip bottle..masuk air kat tangan...
cek suhu...cek anak tekak...takut ada kuman sebab td doktor kata mungkin ada tonsil...
Pas settle semua...aku lik rumah...lepas solat maghrib...
Dekat kol 8pm aku sampai kat rumah Kak Sofia (babysitter Hadif)..

Esoknya, 16hb, aku bawak Hadif ke rumah Kak Imah...aku plan untuk stay kat sana jer sementara menunggu hubby aku kuar daripada wad...
Aku tinggalkan Hadif kat rumah Kak Imah, then petang ckit aku g lawat hubby aku...
Dia kata panas dah turun...and dia pon dah rasa kebah ckit...cuma pening2 jer lagi...
Tapi, doktor masih tak benarkan dia balik...
Aku kata takperlah...
Aku lepak kat wad sampai kol 8pm gaklah...
Aku ajak hubby aku g carik makan kat luar...yelah, dia pon dah muak dok makan bubur jer tiap2 waktu...
Masa day first arituh mmg sakit..sedap ler nak telan bubur..
Biler dah sembuh ckit nih..mulalah tekak terasa nak makan itu, makan ini kan...huhuh!
Lepas dapat permission daripada doktor (nurse kene call doktor untuk dapatkan permission untuk lepaskan patient dia kuar daripada hospital),
aku n hubby pon jalan ler ke kedai2 makan area Ampang ni jer ha...jalan kaki jer pon...
Dapatlah hubby aku membuka selera dia dengan makan mee goreng mamak pedas...make sure pedas ada ok..enough...hehehh..

Esoknya, pepagi..aku dapat msg daripada hubby...doktor dah bagi greenli8 untuk discaj...
Alhamdulillah...
SO,aku amik hubby dalam kol 11> pagi....then terus bawak dia ke Wangsa Maju..
Gitu-gini kat rumah Kak Imah...dalam lewat petang...kami pon baliklah ke Seri Kembangan...
Rehat kat rumah pulak....;)

Akhirnya, dengan penat ke sana ke mari...even dah mmg berada kat Wangsa Maju, aku tak jugak beli kek untuk Hadif...
Aku jadi tak bersemangat sebab ayah Hadif tak sihat...
Aku nih, kalo hubby aku takder or tak sihat...aku mulalah taknak buat semuanya...huhuhu!
Aku mmg jenis tak boleh kot kalo hubby tak join....muahahaha!
Aku adalah jugak cakap2 ngan hubby...cian Hadif tak celebrate langsung hari jadi dia...
Tapi, hubby aku cakap...takper..tak rugi pon...lagpun Hadif kecik lagi..belum tahu apa2..
Aku pun takderla ralat sangat...heheh..
Jadiklah ibu belikan dia baju tido yer...and nanti ayah bawak g jengjalan ke Utara....insyaALlah...;)

Sambutan 1st birthday tanpa kek atau lilin...

Muhammad Hadif dah genap setahun pada tanggal 15 Disember 2011 hari tuh...
Tapi, ibu dan ayah dia tak berkesempatan langsung nak sambut dan meraikan harijadinya dengan cake or candles..
Cian anak ibu......
Tapi, apa nak dikesiankan kan...sambutan tuh hanyalah budaya semata-mata...
Kalau tak dibiasakan...xderlah anak2 beria2 nak mintak itu mintak ini bila dah besar...Eceh!

Ekceli, menipulah aku kalo aku katakan aku tak mau langsung celebrate,...ikut hati ibu mmg nak sambut kecil-kecilan....
Hari 15hb tuh hari bekerja...so, ibu ingat nak postponed lah sambutan dia pada ujung minggunya dekat wangsa maju...
Kunun2 nak ajak ayah Hadif g rumah Kak Imah (my sis in law)...makan kek ngan kezen2 Hadif...
Jadiklah...potong kek ckit then makan sama2....
Plan dalam kepala tuh dah ada....cuma tak terlaksana sahaja...
Sorry yer Hadif...

Kenapa...?? Ada sebabnyer...

14hb tuh..ayah Hadif tetiba demam panas...
Daripada ofis dia terus ke Pusat Rawatan Az-Zahra...
Pelik tak pelik...tanpa cek suhu...doktor tuh just bagi PCM,ubat selesema, batuk & antibiotik...
Diulangi...TANPA CEK SUHU okeeyy...
Hubby aku dalam menggigil2 tuh naik moto balik rumah...
Sesampai aku ke rumah (lik dari keje)...tgk2 hubby aku terbaring jer kat kusi...
Rasa badan dia...sangat2 panas...
Suruh makan apa pun tak mau...
Aku watkan tomyam pon dia xmau...
Dia nak baring n tido jer...
Cian sgt...
Dak hadif dok meleser kat ayah dia pon ayah dia wat tak kisah...(heheheh...)
Esoknya (15hb), aku amik EL...bawak hubby aku ke Ampang Puteri...
So, bacalah dalam entri seterusnya ek....;)

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers