Tuesday 19 July 2011

Persiapan Ramadhan

Assalammualaikum...

Tinggal 13 hari jer lagi nak sampai 1 Ramadhan 1432H...
Bagaimana dengan persiapan kita ?
Ganti puasa...? Tahun ni aku langsung tak kena ganti...hiks...sebab tahun lepas tengah pregnant kan time bulan Ramadhan...
So, tahun ni, tahun pertama aku sambut bersama si kecik yang masih tidak tahu apa erti Ramadhan...
(takper sayang...nanti anak ibu akan belajar yer...)

Dari segi persiapan diri, dah kena ubah waktu tidur...maybe lepas bagi Hadif susu, aku dah tak boleh sambung tidur..kene terus bergerak ke dapur untuk siapkan hidangan bersahur... (cam mengantuk jer..perrgghh..belom apa-apa lagi dah kalah psiko...! terukssnyer aku ni ).. So,aku kena tidur awal daripada hari-hari biasa. Yang pasti, lauk yang confirm pembuka selera adalah...sambal kering ikan bilis! hoyeaahh...!

Dan, seterusnya time balik, bukan setakat berkejar nak berbuka...tapi kena berkejar amik Hadif dulu...
Harap-harap aku sempat lah masak selauk dua kan...kalau sempat ler..
Kalau tak, aku sambau jer mana-mana gerai yang ada jual juadah berbuka...kuikuikui...

Pastuh, tahun ini aku berharap aku dapat bersolat terawih di rumah dengan tenangnya...(hadif pandai-pandai bawak diri yer sayang...ibu nak solat dulu...)
Bila sebut solat terawih ni, aku pasti teringat masa aku merayu dengan Allah s.w.t....dekatkan aku dengan jodohku...haiishh...memang syahdu...tak mahu citer pasal ni la...hikhikhik...

Hmmm, dalam aku mencari informasi tentang Ramadhan, kat sini aku nak share apa yang aku baca daripada...LAMAN SOAL JAWAB AGAMA..klik sini untuk sumber asal -> http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan.html

Soalan;
Ustaz, Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan apakah Kesilapan Amal yang sering dilakukan oleh umat Islam di bulan Ramadhan? JazakAllah.

Jawapan;
Bulan Ramadhan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;

1. Banyak berpuasa di bulan Sya’ban; menjadi sunnah Nabi s.a.w. banyak berpuasa di bulan Sya’ban. Untuk penjelasan lanjut tentang puasa di bulan Sya’ban, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-bulan-syaban.html) atau blog Artikel al-Qalam (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-2.html).

2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa; amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Untuk membaca tentang hukum-hakam puasa, sila baca di; Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-mukadimah.html).

3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan; Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk menetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan, sila baca di blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-4.html).

4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan; supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda. Sila baca amalan-amalan utama ini dalam blog Artikel al-Qalam; (http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2008/08/persiapan-menjelang-ramadhan-siri-5.html).


Wallahu a’lam.





Kesimpulannya kawan-kawan, mari kita berusaha tingkatkan amalan kita di bulan yang penuh berkah, bulan yang tenang, bulan yang penuh rahmat, bulan yang penuh kesyahduan.......;)

1 comment:

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers