Thursday 14 July 2011

orang yang aku admire kat opis dah....

Assalammualaikum...

Alkisahnya, hari selasa kelmarin - 12 Julai 2011 adalah hari terakhir salah sorang opismate aku... kira dia ni senior la..bekerja di bank ni.. Dia bersara awal sebab nak tumpukan perhatian terhadap anak-anak dia.. Yang bongsu dah besar pon...form 4...
Apa yang aku nak share kan...kakak ni, siyesly..honestly cakap aku mmg suka tengok cara n gaya penampilan diri dia..
Ntahlah ek...she is simple but she have something 'aura' yang jarang-jarang aku jumpa pada wanita-wanita lain... Pada aku, dia seorang yang perfect person..perfect wife... (walaupun sebenarnya tiada manusia lain yang sempurna melainkan Nabi Muhammad s.a.w...aku tau itu...).. perfect yang aku gambarkan ini jgn samakan dengan kesempurnaan yang ada pada junjungan nabi kita yer...
Aku bukanlah rapat dengan dia, tapi dari jauh aku suka cara dia, disiplin hidup dia, cara dia mengatur masa dia.....
Aku tak pernah cakap pon dengan dia pasal kekaguman aku pada dia...aku simpan jer dalam hati...
Hati aku selalu bercakap..."Macamana aku nak jadi seperti dia....?"..
Pakaian - melambangkan wanita Islam...sangat-sangat menjaga aurat...tutup kaki dengan stokin..tidaklah bertudung labuh sehingga menutup muka, tetapi pandai berfesyen dengan tudung yang besar dan tidak menampakkan dada pon... Ke mana sahaja dia pergi, aurat tidak dipandang remeh.... Yess,aku kagum itu!

Dia adalah pekerja yang paling awal sampai di ofis... sebelum 7.30pagi dia dah sampai dah...
Kadang-kadang, ada sekali dua aku sampai ofis awal, aku pandang dia tengah baca Quran... (wow.....)..
Jadual dia, tidur seawal 9 malam...bangun pukul 4 pagi...bersarapan pukul 5 pagi bersama anak-anak...
Selepas solat Subuh, bersiap dan terus gerak ke ofis...
Makan pukul 6.30 petang....malam no more makan...mmg style chinese....
Everyday rutin dia macam tu....hebat...sangat hebat....
sebab tu tak hairanlah anak-anak dia bijak n baik belaka....

Kalau orang lain berpandangan biasa sahaja...atau ada yang lebih baik daripada dia....pada aku...diri dia sudah cukup untuk aku jadikan model wanita solehah.....

macamana ye nak jadi macam dia..? - bermula daripada diri sendiri! - ini aku kata dalam hati sendiri tapi.................... (aaarrggghhh...banyaknyer alasan kau...wahai puan mas!

No comments:

Post a Comment

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers