Friday, 1 July 2011

Siapa juara Imam Muda 2 ?

Malam ni akan menentukan siapa yg akan dinobatkan sebagai juara Imam Muda...

Imam Muda Hassan atau Imam Muda Nazrul ?
Pada aku, dua-dua IM ni bagus...memasing ada kelebihan tersendiri...

Kelebihan pada IM Hassan pada lesung pipitnyer kot...ahaks!

Kelebihan IM Nazrul sebab dia org Johor...!! hehehe...mcm bleh undi! (Johorian betol aku!)

Tak kisahlah saper pon yang jadi juara..yang lebih penting, mereka sebagai IM sentiasa berada dilandasan yang betul...niat yang murni...tahu peranan sebagai Imam Muda!

sentiasa dekat dengan masyarakat...
sentiasa memberi apabila diperlukan...
sentiasa menambah ilmu dengan pengetahuan...
sentiasa tabah dengan cabaran...
sentiasa redha dengan dugaan...

Sesungguhnya mereka adalah insan yang dipilih Allah sebagai 'model' untuk diikuti atau dijejak oleh anak-anak muda yang mana masih hanyut dalam era modenisasi...bukan semua..segelintir...

Ayuh! teruskan perjuangan kalian!

No comments:

Post a Comment

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers