Saturday 6 August 2011

Transformasi

Aku tak berkesempatan nak tengok rancangan Ini kisahku-Tv9... so,aku tonton lah kat
http://www.tonton.com.my../ Episode yang ke-2 ni menceritakan tentang perubahan yang berlaku
kepada Sham Kamikaze...
Ermmm..syahdu bagi aku..apatah lagi diselingkan dengan lagu Afghan-Padamu Ku Bersujud...lagilah kan....
Yelah, sebelum ni kita kenal Sham ni dengan kehandalannya bermain gitar....dan dikatakan agak panas baran (pengakuan isterinya) sebelum dia berubah...

Kita semua maklum...perjalanan seorang artis nih penuh dengan cabaran & dugaan..
Maksud aku, agak sukar untuk melaksanakan perintah Allah dengan erti yang sebenar-benarnya..

Tapi, aku yang aku nak highligtkan di sini ialah...
Andai kata kita benci seseorang tuh..atau kita kata orang itu jahat, orang ini jahat.....
tak kisahlah sesiapa pon..janganlah kita mengata, mengumpat, mencaci dan membenci dia dengan
benci yang sehingga mendendam...
Percayalah, seseorang tu akan berubah bila-bila masa sahaja...dengan izin dan rahmat Allah...
Kita dah rasa kita cukup baik, alim, warak dan apa-apapunlah...
Tapi, berkemungkinan besar...5 jam atau 5hari atau 5 minggu atau 5 tahun akan datang...orang yang kita rasa jahat atau tak senonoh tulah akan bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya...
Jauh lebih baik daripada kita jika dibandingkan amalannya setelah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t...

Apa yang aku cakap nih...adalah nasihat dan perbualan antara aku dan suami aku...
Yelah, kadang-kadang aku ni sesedap mulut jer cakap tak suka orang itu, orang ini...
Alhamdulillah, suami aku dapat menyedarkan aku sesungguhnya tak semua orang yang jahat tuh pengakhiran dia di neraka...dan tak semestinya orang yang baik itu pengakhiran dia adalah di syurga...
Kita semua bergantung dengan rahmat daripada Allah s.w.t.....
Yesss...bende ni aku akui sebab aku dah penah dengar ceramah ustaz di radio...

Jom kita sama-sama berdoa...semoga di bulan yang mulia ini, kita mohon rahmat daripada Allah...
"Ya Allah, Engkau akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik...dan janganlah Engkau akhiri kami dengan pengakhiran yang buruk...sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami"...

Untuk cerita tentang Sham ni...korang bleh la search dalam tonton.com.my... Ini kisahku-Episode 2...

1 comment:

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers