Thursday 25 August 2011

Bos oh Bos! saya pon nak cuti juga macam mereka....

Salam...

Dah beberapa hari senyap, tetiba ada entri yang macam merajuk....
Haiihh..dah nak tiba Syawal pon masih nak berkecil-kecil hati ke...?
Nanti akan bermaaf-maafan jugak...so,ilang-ilangkanlah perasaan tuh yer...

Ermmm...ape bende ko merepek nih...

Cenggini citernyer...
Kat company yg aku keje nih, pihak HR mewajibkan 50% daripada kakitangan mesti ada sebelum raya atau selepas raya...
So,daripada Jabatan turun ke Bahagian turun ke Seksyen...semua kenelah 50%...
So,dalam seksyen aku nih ada 8 orang..tolak HOS lah...(Head of Section)..
Yang menjadi isu nyer, ada dua orang hamba Allah ni totap n nekad dalam hati untuk bercuti sebelum n selepas raya...
Yelah,korang maklumlah, tahun nih kita cuma perlu bercuti pada isnin (sebelum raya) n jumaat (selepas raya) jer...
Selain daripada tarikh tuh takder isu lah!
So,dengan selambanya mereka-mereka ini apply cuti walaupun arahan telah dikeluarkan.
Dan, cuti mereka telahpun diluluskan okeeeyyyyy.....
Dan ini adalah tahun KEDUA mereka bercuti sebelum & selepas raya.... <- ayat yang buat semua org tensen!

Aku tak kisahlah diorg nak langgar arahan pon....
cuma, tak terfikir ke diorang yang kami nih, yang betul-betul ikut arahan nak jugak bercuti sebelum & selepas raya ???
Ikut hati aku, aku pon nak apply....
Tapi, akal fikiran aku memikirkan orang lain..terbantut hajat aku...
Ekceli, HOS aku dah bagi green-light...
cuma,disebabkan aku lambat apply untuk cuti sebelum, Manager tak luluskan...(sebab dah cukup kuota 4 orang sebelum & 4 orang selepas)

Nape aku pon sibuk nak bercuti sebelum gaks?
Aku ada 2 reason...
1)Opis hubby aku mewajibkan cuti pada isnin & jumaat (seronok sungguh kan?)
2)babysitter aku dah bercotiiii....(mana aku nak letak si chumel Muhammad Hadif? Adehhhh...)

Kalaulah aku dapat cuti Isnin, indahnya dapat balik kampung awal...
Kesian hubby aku tak dapat lagi berbuka puasa bersama ibunda tersayang...
(Maafkan ayu yer sayang...)

Disebabkan aku kene kerja Isnin, adakah hubby kene jaga Muhammad Hadif...?
atau aku bawak jer Hadif tuh ke opis...!


Bos oh bos...! Saya juga perlukan cuti Isnin tu.....!

No comments:

Post a Comment

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers