Thursday 17 July 2014

Kelebihan VIVIX dengan Testimoni Yang Hebat !

Assalammualaikum...

PROMOSI VIVIX masih berlangsung yer kawan-kawan sepanjang bulan Julai 2014 ni....;)

Apa kelebihan Vivix ni yer...?

VIVIX aka TONIC AJAIB aka SIRAP SHAKLEE ini merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, Syarikat No. 1 supplemen makanan di Amerika.

Vivix merupakan minuman campuran botani Polyhonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah & Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol...

Polifenol tu apa pulak yer...? Meh citer ckit... => ia adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan & sel anti penuaan semulajadi. 

 
Kelebihan yang ada pada sesudu VIVIX ini setiap hari...
 
~ Menggalakkan ransangan penuaan yang hebat
~ Bantu dalam menghalang kanser/tumor
~ Kurangkan risiko jantung/darah tinggi/metabolisme RENDAH
~ Kurangkan komplikasi dalam pesakit diabetis
~ Menyokong kesihatan sendi/tulang/arthritis/osteoporosis
~ Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
~ Bantu kurangkan berat badan
~ Tingkatkan sistem imun
~ Tingkatkan kesihatan mata/masalah katarak
~ Menyokong kesihatan menyeluruh
 
Jom baca testimoni VIVIX ini...
 
 

 
 
 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut...;)
 
SID No : 1146452
FB : Masruhaila Mustapha
SMS/WhatsApp : 019-3558178
 
*Pengeposan ke seluruh Malaysia !!!


Jadi Warga Melaka !

Assalammualaikum....

Ahhhh...Alhamdulillah....aku sudah bergelar warga Melaka...yeeaahhhaaa!
Walaupun HR belum bagi keputusan samada permohonan perpindahan aku ke cawangan Melaka berjaya atau tak...aku nekad untuk mengikut husband aku berpindah ke sini....
Aku hantar resign letter..pengarah jabatan aku tak terima...then dia kata nak tolong uruskan permohonan aku.....so, aku serahkan jerla pada dia...
Aku berserah jugak pada Allah....andai rezeki aku masih ada di bank....aku syukur...
Jika ditakdirkan bukan rezeki aku...aku yakin rezeki Allah ada di mana-mana...
Percayalah! Yakinlah!

Dekat beberapa hari jugakla aku n hubby dok mengerah tenaga mengemas barang-barang dalam kotak yg kami bawak dari TDD, Seri Kembangan....Aduuhhh, memang jenuh kalo berpindah ni kan.... Serius rasa tak mau pindah lagi dah...huhuhu! Alhamdulillah, Allah berikan kami rezeki untuk miliki rumah sendiri di Melaka...
Lama woooo kami angan-angankan perkara ni.....
Walaupun kami anak Johor....tapi kami feel best gitu kalo dapat duduk & menua di Melaka... (Uppppsss...ada ke word "menua"...hahahha... aku maksudkan 'habiskan usia di Melaka'...)

Esok genap masuk 38weeks...dua tiga hari ni kerap rasa contraction...tp rasanya false contraction kot... Aku dah buat first time checkup dengan doctor Hanisah @ Hospital Pantai Melaka.. Masa checkup doctor Hanisah kata baby ok & dah engaged...dah tak lama lagi la ni nak bersalin...
So, bila rasa sakit boleh terus datang ke hospital...naik tingkat 2...labour room...huhuhu...

Masalahnyer, kalau ikut experience...aku mmg tak pernah merasai sakit secara alami.... kedua-dua anak aku sebelum ni...bersalin tanpa diduga... masa Hadif, aku leaking...then doctor induce...
Masa Syifa'...checkup masa 38weeks...doctor Noraini@Azzahra Bangi cek bukaan....tgk-tgk dah 3cm...padahal aku takla sakit sangat pon....

So, kali ni....aku rasa agak konfius ckit...betul ke rasa contraction yg aku rasa sekarang ni....atau hanyalah false contraction.... rasa hati mcm nak serah diri jer...huhuhu...
Tapi, aku minta baby bersabar ckit....
Ayah dia lagila...kalo boleh suruh baby sabra...tunggu sampai date 23 Julai....leh sama birthdate ngan dia...wakakakka...sabor jerler...huhuhu....

Pada aku takperla...bebila pon boleh sayang...janji anak ibu keluar dengan selamat dan sihat....

InsyaAllah....ibu & ayah masih bertahan untuk menunggu anak ibu keluar bila dah bersedia untuk melihat dunia ini yer....


^_^

Tuesday 8 July 2014

Berkat Ramadhan - Moga Ayahandaku sihat semula...

Assalammualaikum semua.....

Since last week ayah aku tak sihat.... Ingat lagi masa nak gerak balik daripada BP ke KL...ayah kata ayah kurang sihat...tp masa salam tu kami rasa tangan ayah tak panas...suhu normal....

Dua tiga hari lepas tu....akak-akak bgtau dalam wassap group family....ayah demam... Oh..kesiannya ayah... ayah takder selera makan....tak dapat nak puasa... ayah tidur sahaja.... Yela, usia ayah pun dah menjangkau 80 lebih.... Cuma kali ni hati makin terasa risau sebab cara ayah menangani masalah kesihatan amat membimbangkan aku.... ayah sah-sah tak sihat tapi cara dia nak menggagahkan diri utk lawan pilu rasanya... Aku tahu pon daripada cerita-cerita akak aku yang balik jenguk ayah kat umah.....

Adalah dalam dua kali aku cuba call utk bercakap dengan ayah tapi ayah tengah tido time tu.....so aku tangguhkan aja niay aku nak bercakap dengan ayah....

Yessss....kelmarin akhirnya aku dapat bercakap dengan ayah...

Aku : Ayah demam yer...? (Aku cuba berbahasa sedangkan aku tau ayah demam)
Ayah : Tak taula...nape ntah badan ayah ni.... Demam dah kurang sikit....tp masih kurang sihat la...
Aku : Maaf yah..tak dapat balik nak tengok ayah.... Ayu tengah packing2 barang rumah...nak pindah hujung minggu depan...
Ayah : Aaaahh...takper.... Ayu dapat pindah melaka ke?
Aku : Belum lagi....ayu amik cuti dulu....
Ayah : Legaaa ayah dengar....ayah risau cemanelah ayu dengan hamdan duduk jauh lama-lama.... Molek sangat lah tu dapat duduk setempat...
Aku : (sentap dengan respond ayah)...membuatkan aku rasa sebak....

Yelah...mana ayah pernah bagitau depan2 yang dia risaukan kami sebenarnya.....duduk jauh...Melaka-KL... Setengah orang jarak Melaka-KL takder masalah...boleh ulang alik setiap hari lagi....
Tapi....itu bukan cara kami.... Husband aku bukan suka kerja yang kene travel jauh2...hari2 pulak tu.... Kan sunat hukumnya cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja...

Maafkan ayu ayah...sebab jarak lokasi kami suami isteri juga antara yang membebankan fikiran & hati ayah.....

InsyaAllah....tak lama lagi kami akan tinggal setempat.... ayu doakan ayah sihat & sembuh sepenuhnya....

Lot's of luv,
Anakmu....AYU!♡♡♡

Monday 7 July 2014

OsteMatrix untuk Kekuatan Tulang !

Assalammualaikum....

Mas baru jer melepasi usia kandungan 36 minggu...
SubhanAllah, memang terasa kesakitan daripada perut sehingga ke belakang, punggung dan kaki....itu masa usia kandungan nak masuk trimester ketiga... kelenguhan kaki memang amat terasa. 
Tapi, bila mas dah start consume OsteMatrix..kesakitan dan kelenguhan kaki berkurangan.  Tetapi sesungguhnya ini hanyalah ikhtiar kita sebagai hamba Allah...  Mas just share apa perubahan yang mas sendiri alami selepas makan Oste ni....syukran Ya Allah...

Jom kita lihat apa manfaat & kelebihan Oste ni yer......;)

Manfaat Utama OsteMatrix

1) Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, system saraf.  Ia juga merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat. 

2) Memperbaiki kekejangan & kebas-kebas -  Pengambilan 600gram kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi an artiritis. 

3) Meringankan stress - Ianya akan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur dalam keadaan yang selesa, memperbaiki rasa debaran jantung, gementar, mimpi buruk dan stress.  Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam. 

4) Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil. 

5) Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh.  Ianya juga menghalang obesity diwaktu umur tua.  Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

6) Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

7) Vitamin D - Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.  Vegetarian yang kurang terdedah matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.  


 
 

Untuk dapatkan OsteMatrix ini....bolehla hubungi saya....;)

SID Anda :
ID - 1146452
FB : Masruhaila Mustapha
Call/SMS/WA : 019-3558178

Saturday 5 July 2014

ESP : Manfaat & Kelebihan

Assalammualaikum....;)

Dengan lafaz Bismillah....hari ni Mas nak share something tentang ESP Shaklee.... Hhmmm, pernah cuba tak? Rugi kalau tak cuba...hihi... Bukan apa, once bila dah cuba ESP ni...sure uols semua for terus jatuh cinta... Mas suka minum ESP dengan milo....hihi.. tp sebenarnya, ESP ni boleh minum begitu sahaja..ataupun campur dengan minuman-minuman lain macam jus oren, blackcurrent dan macam-macam air lagi...nanti Mas akan share cara bancuh dan contoh-contoh minuman lain yer....;)

Tapi, hari ni Mas nak share apa itu ESP, kelebihan dan khasiat ESP...wwiiii....



>>> Apa itu ESP ? <<<

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.  Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 mineral.  Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua atau muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik(G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. 
1 hidangan ESP ini bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric asid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


>>> Khasiat Utama ESP <<<

1) Awet Muda - asid amino untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, lutut, kulit - pengambilan yang kerap adalah kunci untuk mengekalkan awet muda.

2) Baik Untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormone wanita.  Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.   

3) Baik Untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan mengelakkan sel kanser merebak.  Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.  Ia juga sangat baik dalam menjaga Rahim dan ovary, kitaran haid dan pembesaran prostat. 

4) Kulit seperti Remaja - Meransang pembentukkan semula kulit dan otot,  mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan kesan parut.

5) Pembekal Tenaga Segera - Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan system imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migraine, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dan lain-lain. 

6) Memulih Pigmentasi - Melambatkan proses uban, gugur rambut, masalah keadaan rambut, pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 

7) Memperbaiki Memori - Menguatkan ingatan & kualiti memori, kecergasan, keupayaan seksual dan sebagainya. 




Sumber : En Google


Untuk order...?
Jom hubungi saya SID Anda :-

ID : 1146452
FB: Masruhaila Mustapha
Call/SMS/WA : 019-3558178

Friday 4 July 2014

Kelebihan performance drink Shaklee - Tenaga ketika Berpuasa!

Assalammualaikum pembaca blog semua!
 
Naahhh...hari ni masuk hari ke-6 kita berpuasa... Cemane setakat hari ni? Letih? Kepenatan? Tiada tenaga? Hihi...
Jangan risau...jom baca entri kali ni... bukan tentang air 100+, Revive atau Booster....hihihi..
Ini adalah Performance Drink Shaklee

>>> Apa itu Performance Drink ? <<<

1) Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegajh dehydration, seperti fungsi minuman isotonic.

2) Ia membekalkan 3 jenis karbohiudrat bagi tenaga & stamina.

3) Ia bukan milk booster atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4) Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. 

5) Ia bukan sahaja untuk ibu menyusu/mengandungn semasa berpuasa, tapi sesuai umntuk semua, terutama yang kerja di tengah panas.  Budak-budak demam pun elok amik PD ini sebab biasala budak-budak bila dah demam tak selera makan & minum.  Ia boleh cegah dehydration itu. 



>>> Kelebihan Performance Drink <<<

1) Ia terbukti secara klinikal daoat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.

2) Performan Drink (PD) juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.  

3) Campuran Elektrolit OPTI-LTYE proprietary dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

4) Terbukti secara klinikal : Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi  meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

5) Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.   



sumber : en google
So, semasa bulan puasa...pastikan ada setin di rumah anda....^_^



Kredit to : NannyCery


Hubungi saya....SID anda....;)
Masruhaila Mustapha
SMS/WA : 019-3558178
URL : www.coratcoretvitamin.blogspot.,com

Tuesday 1 July 2014

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Rahsia Penyusuan Ketika Berpuasa

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur? Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

✔Disiplin waktu makan Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur. 

 ✔Kurma,kurma,kurma Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

✔Makanan seimbang dan suplemen Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

✔Minum banyak air Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

✔Bertenang dan yakin Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

✔Kerap menyusu dan mengepam Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

 Kredit: Pa&Ma

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers