Wednesday 21 September 2011

Pengorbanan suami di saat hati ingin pulang ke kampung...

Rasa masih boleh dihighlightkan lagi pasal hal ni...

Kalau ikut plan...ujung minggu lepas my hubby nak balik kampung...
Ala,sempena cuti Hari Malaysia tuh...
Nak jenguk mak di Tanjung Sedili...
Decision dibuat selepas hubby call mak...(my MIL lah...)
Kedengaran di hujung telefon, mak macam tak sihat...
Mak mmg tak berapa sihat pon...
Tambahan, sepanjang hari raya pulak, mak kene jaga maknya sendiri (atok perempuan) di hospital..
selepas atok jatuh beberapa hari sebelum raya...
Atok pulak sebolehnya taknak anak yang lain jaga dia...nak mak jugak yang jaga..(mak anak sulung)...
So,paham-paham jerlah kalau duduk hospital...jaga orang sakit pulak...
Confirm lah badan jadi tak sihat..kurang tidur..makan seadanya...
Memang kesian tengok mak...

ok, berbalik pulak pada cerita yang sepatutnya...(cerita hal sebelah aku plak...)

2 hari sebelum nak balik tuh...Abg Razi plak call kata nak datang KL..dengan ayah...
Nak bawak ayah beraya rumah sedara mara area KL...
Sebelum tuh, akak aku (Kak Uda) mmg dah info nak dtg KL masa cuti Hari Malaysia..tapi fleksibel lah...
If aku ada, dia nak tidur umah aku...if aku takder..dia tido umah akak aku kat Selayang (Kak Uteh)..
Oklah...takder hallah macam tuh..
Tapi....bila abg aku call...lain dah jadik perasaan aku...
Menurut cerita abgku itu...ayah sebolehnya tak mahu tidur umah lain selain aku...
Haiisshhh...iyolah abg aku tuh...pandai jer buat cerita...
Setahu aku ayah takderlah memilih sgt...
Padahal ada jer umah akak aku kat Selayang nun....lagi dekat kalau nak beraya rumah sedara mara compared dengan aku yg dok jauh di selatan Selangor (Seri Kembangan)
Ermmm xper...kemudian2 nanti aku siasat...heheheh...

Bila aku info Abg Razi, berkemungkinan nak balik Tg Sedili..boleh dia kata soh tinggalkan kunci...nanti Kak Uda pandai2lah nak serve kitorang yg lelaki nih...
Bior betik!
Isshh..statement yang tak masuk akal...apa kata ayah nanti...
Takkanlah aku nak biarkan tetamu duk umah aku tanpa aku berada di rumah....kan3x..?

Hhhmmm...aku jadik serba salah....
Satu - niat hubby aku nak balik sebab nak jenguk mak dia..
Dua - ayah aku pulak nak datang KL dan TIDUR rumah aku...

Tinggal 2 hari jer nih...
Nak tak nak...aku kene inform hubby aku gaks...
Takderlah lama aku nak tunggu jawapan daripada hubby...
Jawapan hubby aku... "Ok,kita cancel balik..sebab ayah, kak uda n abg razi nak datang... nanti kita plan semula bila nak balik Kota"
Jawapan dia simple jer......
Tapi.....aku kesian sgt sebab aku tak dapat nak tunaikan hajat, niat suci dia untuk balik jumpa mak dia..
Dengan kesihatan mak dia dan keadaan rumah mak dia...Aku paham perasaan dia...
walaupun baru jer balik kampung raya arituh tp dgn rasa tanggungjawab dia niat nak balik jugak...
Yelah, syurga anak lelaki kan pada ibu nyer...
Hubby aku cakap...ini antara risiko yg dia kene hadapi lah sebab duduk jauh dengan mak...

Apa2pun, mekasih sgt10x untuk hubby sebab pengorbanan dia melepaskan perasaan untuk balik ke kampung jenguk bondanya...



p/s: xper syg, nanti kita carik hari yg sesuai untuk balik jugak yer...;)





No comments:

Post a Comment

Rahmatilah kami Ya Allah...

Daisypath Anniversary tickers

Permata hati ibu ayah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers